Entry: biskut kucen Sunday, January 23, 2005



salam all..

lama aku tak menulis. kesihatan aku sejap okeh sekejap tak. nasib baik la aku gi jumpa GP... takderla teruk sgt. Semua benda terbengkalai including aku punya kelas2 serta aku punya aktiviti lain. Alhamdulilah lelama makin ok. Thanks to hubby yg jaga aku.. sayang kat laki aku... *hug*

Selepas sembuh aku treat kucen yg selalu dtg kat rumah ni dgn membeli makanan dorang. Aku berhenti kat Sommerfield dan beli biskut dia.. Sommerfield kat Victoria Road tu memang dekat je dgn jalan dan tempat tunggu bas. Aku ke sana selepas habis kelas driving.

Aku pergi ke dept makanan utk haiwan. Aku dah nampak dr jauh biskut kegemaran kucen2 aku dan aku cuba capai biskut tuh. Tapi aku yg ketot nie tak tercapai biskut tu. Aku berusaha berkali-kali. Tiba-tiba ada tangan mencapai biskut kucen tu. ' There you are' .. seorg mamat Scottish berbadan tinggi dlm 6 kaki mencapai biskut kucen tu dan memberikan kpdku. Aku rasa mesti dia nampak aku terkial-kial. Aku dgn happy terus mengambil dr dia.. aku mengucapkan terima kasih. Oleh kerana dia tinggi aku mintak dia ambik another 2 boxes sbb kucen-kucenku dlm 4 ekor.

Dia pon memberikan kpdku. Dia pon sebenarnya membeli makanan utk kucennya. AKu mengucapkan sekali lagi terima kasih. Memang org kat sini kalau ada pet dorang layan pet mcm anak sendiri. Bila dia tengok org lain ada pet, dorang pon happy. Aku takder pet tapi kucen2 tu selalu dtg rumah kami so consider 'pet' kami jugak la.

Balik rumah seperti biasa aku buat kerja as well as menunggu hubby balik. Tetiba aku mendengar suara kucen kat luar. Aku ingat dorang lapar so aku pon start la nak bagi makan. Rupanya cucu nenek kat atas tengah bermain-main dgn kucen tu. Kami berbual seketika. Dia ingat itu kucen aku tapi aku explain itu kucen2 jiran. Dia kata seronok coz kucen2 selalu dtg sini.

Kami laki bini pon seronok walaupon takder kucen. Aku okeh je tapi aku tak bleh nak pelihara kucen coz aku ada asthma. That's why aku tak bleh pegang sgt kucen. =(

okeh sat lagi aku nak kuar.. take care all.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments